Raden Ajeng Kartini seorang pejuang hak wanita di Indonesia. A thread:
Dilahirkan pada 21 April 1879 di Jepara, Jawa Tengah. Beliau dilahirkan oleh Ngasirah iaitu isteri Raden Mas Sosroningrat seorang ketua daerah di Jepara sekaligus menjadikan beliau seorang golongan bangsawan.
Ketika itu tanah Jawa masih lagi dalam jajahan orang Belanda yang menyebabkan dalam peraturan Belanda setiap ketua daerah perlu berkahwin dengan golongan bangsawan untuk menjamin kedudukan mereka.
Memandangkan Ngasirah bukanlah seorang bangsawan yang cukup tinggi darjatnya, bapa Kartini berkahwin pula untuk kali kedua untuk meneruskan keturunan diraja mereka. Ketika itu, poligami adalah perkara biasa dalam kalangan bangsawan.
Oleh kerana perkahwinan tersebut, darjat Ngasirah di rumah mereka ketika itu hanyalah sebagai seorang ‘yu’ atau orang gaji. Malah Ngasirah diasingkan dari rumah utama dan tinggal di rumah belakang.
Perkahwinan dengan golongan bangsawan yang lebih tinggi menjamin kedudukan mereka sebagai salah seorang golongan bangsawan di tanah Jawa.
Malah Kartini merupakan anak kelima daripada 11 adik beradiknya termasuk adik beradik tirinya. Beliau suka membaca dan menulis tetapi sayangnya beliau hanya bersekolah sehingga sekolah rendah sahaja kerana mengikut tradisi jawa anak perempuan harus ‘dipingit’ (dikurung).
Tetapi kerana Kartini nekad untuk menimba ilmu, beliau terus belajar menulis dan membaca bersama adik adiknya. Ketika itu Kartini panda menulis dan membaca bahasa Belanda.
Kerana kerajinan dan semangat ingin tahu yang tinggi, Kartini selalu membaca surat khabar, majalah dan buku buku dari Eropah dan dari situlah beliau nekad untuk memperjuangkan hak wanita setelah mengetahui hak lelaki dan wanita di sana adalah setara berbanding di Tanah Jawa,
Tambahan pula, nekad beliau berkobar kobar setelah melihat adik beliau dikahwinkan dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga dan menganggap itu adalah sebuah penghinaan kepada kaum wanita ketika itu. Beliau nekad untuk tidak berkahwin demi memperjuangkan hak wanita.
Namun malangnya, Kartini dipaksa juga berkahwin oleh ibu tirinya hanya semata mahu mengekalkan gelaran mereka sebagai golongan bangsawan. Beliau dipinang oleh Raden Adipati Joyodiningrat yang pernah berkahwin sebanyak 3 kali dan sudahpun mempunyai anak-anak.
Pada mulanya Kartini berkeras menolak pinangan tersebut, namun setelah dinasihatkan oleh Ngasirah, Kartini menurutkan sahaja perkahwinan tersebut dengan 5 syarat. 5 syarat tersebut adalah:
1) dia berkeras untuk tidak mahu mencuci kaki bakal suaminya (tradisi ketika itu) 2) Beliau tidak mahu majlis perkahwinan yang rumit dan menyusahkan 3) Bakal suami beliau perlu menyokong usaha Kartini untuk membina sekolah untuk kaum perempuan dan orang miskin
4) Yu Ngasirah bukan lagi dipanggil dengan panggilan ‘yu’ (orang gaji) tetapi dipanggil dengan panggilan ‘Mas Ajeng ‘ (Ibu) 5) Yu Ngasirah perlu tinggal dirumah utama dan bukan di rumah belakang
Pada mulanya ibu tiri Kartini menentang habis habisan dengan syarat tersebut. Namun kepulangan adik Kartini kerumah bersama bayinya setelah suami adiknya itu berkahwin lagi dengan golongan bangsawan yang lain membuatkan ibu tiri mereka akur dengan syarat tersebut.
Tambahan lagi, syarat tersebut bukan ditulis oleh Kartini, malah abang pertama beliau, Pangeran Ario Tjondronegoro IV yang melakukan hal tersebut bagi pihak Kartini dan menganggap sebagai tanggungjawab beliau sebagai abang untuk melindungi adik-adiknya.
Pertemuan diantara Kartini dengan bakal suaminya diadakan, Kartini beranggapan bahawa bakal suaminya itu akan menolak mentah syarat tersebut dan meminta agar tiada perbalahan berlaku antara keluarga beliau dengan keluarga lelaki tersebut.
Kartini bernasib baik, lelaki tersebut rela menerima Kartini dengan syarat tersebut kerana arwah isteri lelaki tersebut sendiri yang inginkan mereka berdua berkahwin kerana mahu anak mereka dibesarkan oleh seorang wanita yang berani dan bijak.
Tiga hari selepas Kartini menerima lamaran lelaki tersebut, permohonan biasiswa beliau diluluskan, namun terpaksa diberikan kepada H Agus Salik yang barasal dari Padang.
Walaupun Kartini hanya bersekolah sehingga tahap sekolah rendah namun beliau berjaya mendirikan sekolah untuk kaum wanita dan orang miskin di Rembang dengan sokongan suaminya.
Malah surat penulisannya bersama rakan pena dari Belanda telah dibukukan dan berjaya mempengaruhi pemikiran wanita Indonesia untuk perjuangkan hak mereka sebagai wanita.
Sehingga kini, setiap 21 April, Hari Kartini disambut di Indonesia bagi memperingati jasa beliau sebagai pejuang pendidikan untuk kaum wanita.
Kini beliau turut disertakan dalam silibus Sejarah tingkatan 5 dimana karya beliau seperti ‘Habis Gelap Terbitlah Terang’ dan Penulisan Seorang Puteri Jawa’ membuka mata rakyat Indonesia mengenai penindasan Belanda kepada mereka. Tamat.
Kalau nak senang faham boleh tengok filem ni dekat Netlix🙆🏻♂️
Sumber asli di Twitter: https://twitter.com/nutdxnny/status/1306649623587504129